ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
   
   
     
 
 

Pendidikan > Peribahasa

 

BAHASA JIWA BANGSA

“Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak kutunjuk perasaan”

Bait-bait lagu ini pernah dinyanyikan oleh biduan negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee satu masa dahulu. Hanya dengan susunan bahasa, ia mampu memberi seribu satu gambaran dan maksud yang meruntun jiwa. Bahasa Melayu sangat kaya dengan pelbagai kiasan dan perumpamaan. Lebih dikenali sebagai peribahasa; sebenarnya ia amat berguna dan menjadi khazanah bangsa yang amat berharga untuk dipelajari. Sekurang-kurangnya ia menjadi warisan berguna yang dapat diwariskan kepada generasi baru hari ini.

Menurut Za’ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Katanya lagi, peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut.

Keindahan peribahasa bergantung kepada cara sesuatu peribahasa itu digunakan iaitu mampu membuka minda.

Bahasa jiwa bangsa dan kerana itu  www.dunyahalal.com tampil dengan Laman PERIBAHASA sebagai mengingatkan dan menyemarakkan semula penggunaan peribahasa di dalam kehidupan sehari-harian. Bertambah menarik, peribahasa ini disertakan dengan anekdot untuk menerangkan lagi makna peribahasa tersebut dengan lebih bersahaja.

 

 

www.dunyahalal.com

`ISLAM SATU CARA HIDUP...'

`HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN...'

 

ARKIB

No.

Tajuk

18.

Dinding Sampai Ke Langit, Empang Sampai Ke Seberang

17.

Gantung Tak Bertali, Salai Tak Berapi

16.

Entak Sedegam Langkah Sepijak

15.

Alangkah Baik Berbini Tua, Perut Kenyang, Pemanja Datang

14.

Gemuk Membuang Lemak, Cerdik Membuang Kawan

13.

Enau Sebatang Dua Sigainya

12.

Angguk Enggan, Geleng Mahu, Unjuk Tidak Diberikan

11.

Akan Mengaji 'Surat'lah Hilang, Akan Bertanya 'Guru'lah Mati

10.

Asal Besi Pengapak Kayu,Asal Emas Menjadi Penduk

9.

Anak Harimau Jangan Diajak Bertampar, Ingat-ingat Kukunya

8.

Adat Sepanjang Jalan, Cupak Sepanjang Betung

7.

Akan Memikul Tiada Berbahu,Akan Menjunjung Kepala Luncung

6.

Hangus Tiada Berapi,Karam Tiada Berair

5.

Angin Tak Dapat Ditangkap,Asap Tak Dapat Digenggam

4.

AAkar Terjumbai Tempat Siamang Berpegang,Dahan Mengajur Tempat Tupai Menegun

3.

Adat Periuk Berkerak,Adat Lesung Berdedak

2.

Bercintakan Geliga Di Mulut Naga

1.

Bagai Nangka Masak Gugur