ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
   
   
     

 

Pendidikan

Ilmu Membentuk Keperibadian Diri

 

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.” 

(Saidina Ali Bin Abi Talib)

Benar ilmu tidak pernah menyusut malah kian subur dan berkembang selagi kita mampu mencari dan mengejar ilmu yang ada di dunia ini.  Carilah ilmu selagi terdaya. Dalam era dunia tanpa sempadan dan hidup di kelilingi oleh kecanggihan teknologi, kesukaran mencari ilmu bukan lagi satu perkara yang mustahil. Segala-galanya ada dihujung jari anda. Sebut apa sahaja yang hendak dicari segala maklumat akan terpampang di skrin komputer.

Justeru, Dunyahalal.com melihat kemajuan teknologi hari ini memberi banyak manfaat kepada umat Islam khususnya bagi mereka yang sedang mencari-cari pelbagai ilmu sama ada dalam bidang pendidikan mahupun tentang Islam.

Memandangkan pendidikan antara tunjang utama dalam pembentukan keperibadian insan, maka itu kami  wujudkan ruangan pendidikan dengan membariskan topik-topik yang dapat dimanfaat oleh umat Islam sejagat.

Di ruangan pendidikan ini juga kami isikan dengan hal-hal semasa yang akan dibincangkan secara menyeluruh. Ini akan dimuatkan di dalam ruangan wacana. Selain maklumat tentang IPTA dan IPTS, kerjaya serta  kaunseling . Di samping Madah Bestari dari pujangga dan cendikiawan Islam serta orang-orang ternama dunia.

Jadilah kita bangsa yang mulia dan kaya dengan ilmu dunia dan akhirat.     

 

 

www.dunyahalal.com

`ISLAM SATU CARA HIDUP...'

`HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN...'